Malayan Flour Mills Berhad

Operator

Malayan Flour Mills Berhad  •  2k/mo  •  Permatang Pauh, MY (Onsite)  •  2 hours ago
Apply
AI can make mistakes so check important info. Chat history is never stored.

Job Description

Jawatan Kosong: Operator Kilang (Pembuatan Kicap)

Syarikat: Kilang Kicap

Lokasi: Perai, Pulau Pinang

Prai Industrial Estate, 13600 Perai, Pulau Pinang

Lelaki sahaja

Hari & Waktu Bekerja

  • Hari Bekerja: 6 hari seminggu
  • Waktu Bekerja: Isnin – Sabtu, 8:00 pagi – 5:00 petang

Melapor Kepada: Penyelia Pengeluaran

Tanggungjawab

Operasi Pengeluaran

  • Mengendalikan mesin pengeluaran mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
  • Meletakkan botol atau produk pada conveyor line dengan betul.
  • Memastikan proses pengeluaran di line berjalan lancar.

Pemeriksaan & Kawalan Kualiti Asas

  • Membuat pemeriksaan ringkas pada penutup, label, serta cetakan nombor batch dan tarikh luput.
  • Memastikan produk memenuhi standard kualiti sebelum proses pembungkusan.
  • Melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada penyelia.

Pembungkusan & Penyusunan

  • Menyediakan dan mengurus bahan pembungkusan seperti melipat kotak atau karton.
  • Membungkus produk siap ke dalam karton mengikut kuantiti yang ditetapkan.
  • Menyusun karton dengan kemas dan memastikan ia berada dalam keadaan selamat.

Kebersihan & Pematuhan SOP

  • Menjaga kebersihan kawasan kerja pada setiap masa.
  • Mematuhi SOP keselamatan makanan dan kebersihan diri (pemakaian PPE adalah wajib).
  • Bersedia bekerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.

Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja berdiri untuk tempoh yang lama serta kerja berulang.
  • Bersedia bekerja dalam persekitaran pengeluaran yang panas (tanpa penghawa dingin).
  • Berdisiplin, menepati masa dan mampu mengikut arahan dengan baik.
  • Tiada pengalaman diperlukan; latihan akan disediakan.
  • Pengalaman bekerja di kilang merupakan satu kelebihan.

Gaji & Faedah

Gaji Pokok: RM1,700 – RM1,800

Insentif Tambahan

  • Bayaran kerja lebih masa (OT) mengikut polisi syarikat.
  • Peluang OT yang kerap bergantung kepada jadual pengeluaran (syif pagi atau petang).

Faedah Berkanun

  • KWSP
  • PERKESO
  • EIS
Malayan Flour Mills Berhad

About Malayan Flour Mills Berhad

Established in 1961, Malayan Flour Mills Berhad (MFM) is the pioneer in the flour milling industry in Malaysia. MFM has grown to become the leading flour miller in Malaysia with regional presence in Vietnam and Indonesia. Over the years, we have expanded into poultry integration, aquaculture, and raw material trading. In FY21, the group revenue was RM2.43 billion.

MFM is one of the major poultry integrators in poultry feeds, breeding, farming with a state-of-the-art processing facility across the poultry value chain. Designed to meet the domestic and international markets, the advanced facility will process up to 300,000 birds per day.

With our asset of 3,000 people, we have transformed and grown in Malaysia and regionally. Synergising with our workforce, we embrace Artificial Intelligence, Big Data, Internet of Things (IoT) in our day-to-day business. Through our partnership with Tyson Food, Inc. and Toyota Tsusho Group, we aspire to be a leading global halal food enterprise while achieving sustainable development goals.

Building the workforce of the future…Today. We invite you to be part of our team!

Visit https://www.mfm.com.my/careers/ or apply via the Jobs tab in Linkedin.

Industry
Food & Beverage
Company Size
201-500 employees
Headquarters
Kuala Lumpur, MY
Year Founded
1961
Website
com.my
Social Media